DELIVERY CEREMONY OF TOYOTA INNOVA TEKS1M

0
From left Datuk Ismet Suki, President UMW Toyota Motor, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Chairman SPAD, Mr. Frankie Yap, Managing Director Public Cab Sdn Bhd, Mr Akio Takeyama, Deputy Chairman UMW Toyota Motor and En Mohd Syahrir bin Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia.

Petaling Jaya, 28 Julai 2015 – Selaras dengan usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan penggunaan Toyota Innova TEKS1M sebagai model tambahan bagi Teksi 1 Malaysia.

Usaha ini juga dipercayai akan menambahkan jumlah TEKS1M yang sudah mula beroperasi di Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang. Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri wakil-wakil gabungan dan persatuan-persatuan teksi.

Dibawah inisiatif Transformasi Industri Teksi SPAD, terdapat empat komponen utama iaitu: menaiktaraf hidup pemandu, mengurangkan kos operasi, menjalin kerjasama & kawalselia dan mewujudkan sistem teksi moden bertaraf dunia. Komponen-komponen ini secara jelas akan memberi manfaat kepada pemandu teksi dan juga pengguna teksi.

Bagi meningkatkan martabat industri teksi negara, SPAD sedang menjalankan program latihan pemandu TEKS1M secara berperingkat. Program ini melibatkan pemandu individu, dan juga pemandu yang telah bermigrasi kepada TEKS1M. Tujuan SPAD mengadakan program Peningkatan Profesionalisme pemandu (Profession Advancement Program) adalah bagi memberi kesedaran dan pengetahuan dalam hal-hal berkaitan undang-undang dan etika pemandu.

From left Datuk Ismet Suki, President UMW Toyota Motor, Mr Akio Takeyama, Deputy Chairman UMW Toyota Motor, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Chairman SPAD, En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO SPAD, Mr. Frankie Yap, Managing Director Public Cab Sdn Bhd, En Mohd Syahrir bin Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia and En A. Halim Husain, Head of Operations, SPAD.

Ia juga bertujuan meningkatkan profesionalisme pemandu dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada penumpang dan pelancong. Antara modul latihan yang termasuk di dalam program ini adalah berkaitan keselamatan & pemanduan berhemah, teknik memberi perkhidmatan cemerlang, komunikasi efektif bersama penumpang, perancangan kewangan dan banyak lagi.

Pada Oktober 2014 yang lalu, semua kenderaan yang telah mencapai had usia di dalam kelas lesen teksi telah diwajibkan untuk beralih ke TEKS1M. Ini merupakan sebahagian daripada program Industri Migrasi Teksi di dalam menaiktaraf perkhidmatan sedia ada. Sebanyak 3,367 kenderaan telah mendapat surat kelulusan bagi TEKS1M dan sedang di dalam proses melesenkan kenderaan.

“Apabila taraf perkhidmatan teksi bertambah baik, bilangan pengguna teksi juga akan meningkat dan secara langsung pendapatan pemandu teksi akan bertambah. Oleh itu, di dalam sebarang perancangan penambahbaikkan oleh SPAD, kita mengambil kira semua golongan, sama ada untuk pemandu teksi dan juga pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi.

Innova 2.0E with “Meter On” body wrap and without body wrap.

Innova 2.0E with “Meter On” body wrap and without body wrap.

Ia dengan sekaligus merupakan situasi yang membawa manfaat kepada pemandu teksi dan juga penumpang: di mana pemandu akan dapat menikmati pendapatan yang lebih baik, manakala penumpang dapat menikmati perkhidmatan yang lebih selesa,” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

Sehingga kini SPAD telah melatih 1,021 pengendali individu dan pemandu TEKS1M. Dengan itu kami berharap perkhidmatan TEKS1M boleh menjadi yang terbaik dalam kelasnya di Asia menjelang 2017.

Dengan penglibatan UMW Toyota, ia akan memberikan pilihan tambahan kepada pengendali dan pemandu TEKS1M apabila mereka mahu menaiktaraf kenderaan mereka bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.

Menurut presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, mereka berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam inisiatif TEKS1M.

Innova 2.0E with “Meter On” body wrap and without body wrap.

Innova 2.0E with “Meter On” body wrap and without body wrap.

“Toyota Innova telah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPAD terutamanya daripada segi keluasan ruang dan menjadi pilihan tambahan kepada para pemilik teksi dibawah inisiatif TEKS1M,” kata Datuk Ismet Suki.

Menurut beliau UMW Toyota Motor telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M daripada syarikat-syarikat pengendali dan pemilik individu. Sebanyak 700 unit juga telah disasarkan bagi jualan sehingga akhir 2015.

Jumlah keseluruhan lesen TEKS1M yang telah dikeluarkan oleh SPAD sudah mencecah 1,382 lesen. SPAD juga telah menerima 3,367 permohonan untuk migrasi daripada kelas lesen teksi lama kepada TEKS1M. Di sekitar Lembah Kelang terdapat lebih kurang 37,000 jumlah teksi.

TOYOTA

Recommended for you

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!